Pages

Asri wants all to reject dirty politics

0

Category:

Syabas !!! Berkatalah benar walaupun PAHIT !!!


KUALA LUMPUR, March 27 — An influential Muslim cleric called today for all parties to come together and reject dirty and obscene politics on the back of a video that surfaced on Monday allegedly showing Datuk Seri Anwar Ibrahim having sex with a Chinese prostitute.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin said in a statement that Malaysians with dignity as civilised humans must protest the “dirty and ugly culture among politicians and the media of the country.” “We must fight obscene politics that tries to disgrace others,” said the former Perlis mufti.

Opposition Leader Anwar has denied being the man in the video and accused Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Home Minister Datuk Seri Hishammudin Hussein of being involved in the emergence of the video.

This claim gained credence when former Umno Youth chief Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik admitted that businessman Datuk Shazryl Eskay, Perkasa treasurer Datuk Shuib Lazim and himself were collectively the mysterious “Datuk T” behind Monday’s screening of the 21-minute sex video. The former Malacca chief minister had said that he and Shazryl wanted to show that “a person who wants to be national leader and PM was not qualified.”

PKR has also claimed that the “Datuk T” trio met with Najib in Parliament on Wednesday but Najib had on Friday night denied Umno’s involvement in the affair and called for the public and police to focus on the central issue of finding out who the man in the video was.
Asri, who has a large following among Muslims here, encouraged all parties and segments of the public to hold a large gathering to state their hatred for dirty politics.

The Universiti Sains Malaysia professor of Islamic studies said that all parties on both sides of the political divide should stop the practice of personal attacks to disgrace their enemies that does not involve oppressing the public.

“This is a disgusting, sinful and dirty act. Whether it is slander or if it is exposing personal embarrassments. This is not a sign of intellectual strength of the part of the exposer but that he only takes advantage of other people’s weaknesses or victimises them,” the maverick scholar said.
He also called on the media to be a dignified forum instead of contributing or encouraging dirty politics and for the public to shun media outlets that did so.

Asri said that politicians who were of questionable virtue should be chased out of the political scene as they were inclined to exploit the personal weaknesses of others rather than build on their own strengths.

Politik UMNGOK Macam Budak Sekolah Menengah

0

Category:


Anda boleh berfikir sendiri rendahnya MORAL ahli politik UMNGOK. Kes-kes video lucah ini budak sekolah suka lah. Mentaliti ahli politik UMNGOK tahap longkang !!!!

Hang Ni Pandai Kira ka Tak Pandai Nih ????

0

Category:

Kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa Pahang berhutang sejumlah 2.17 billion dengan kerajaan pusat adalah biasa dan sama seperti negeri-negeri lain ibarat alasan 'Pak Pandir', kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Watak dongeng Melayu itu sinonim dengan kenyataan 'bukan anak kita sahaja mati, anak orang lain pun mati juga' kata Tuan Ibrahim, hanya untuk melepaskan diri dari dia dilihat lemah atau bersalah.

Katanya, menteri besar Pahang itu sepatutnya melihat peningkatan hutang tahunan negeri kepada kerajaan pusat telah sampai ke tahap membimbangkan.

"Apa yang mendukacitakan, bilamana anggaran hasil negeri hanya RM532 juta sedangkan belanja mengurus sahaja RM600 juta, pembangunan RM270 juta menjadikan jumlah bajet keseluruhan RM871 juta.

"Ini bermakna lebih dari RM300 juta bergantung kepada hasil pinjaman dari kerajaan Pusat," katanya pada sidang media harian PAS di pusat media PRK Kerdau di sini.

Semalam, Adnan terpaksa menafikan dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri hampir bankrap ekoran defisit bajet 13 tahun berturut-turut dan hutang dengan kerajaan pusat makin meningkat.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya defisit dua kali.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah pilihan raya PAS bagi PRK Kedau berkata, kegagalan kerajaan negeri pimpinan Adnan meningkatkan hasil adalah kerana pengurusannya yang lemah dan tidak terkawal.

"Sebagai contoh, kerajaan negeri sanggup menghabiskan wang negeri bagi membeli nombor plat kereta CCC9 dengan nilai RM48 ribu," katanya.

Lebih pelik ujarnya, inden kenderaan yang sudah dilupuskan masih lagi dibayar dengan jumlah RM11,838 seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Selain itu, tuntutan melampau bagi projek Rumah Rehat Bentong turut dipersoalkan.

"Papan tanda 'Surau' yang harga pasaran RM60 dibayar kepada kontraktor RM542, lampu hiasan ruang tamu yang harganya hanya RM1,500 dibayar kepada kontraktor dengan harga RM38,700," tambahnya.

Sehubungan itu katanya, rakyat harus membuka mata disaat mereka berdepan masalah ekonomi, kerajaan negeri pula melakukan pembaziran.

Katanya, sekarang adalah masa terbaik untuk membuat perubahan memilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Pemilihan calon BN pada pilihan raya ini hanya akan meneruskan keadaan selepas 12 kali pilihan raya umum, inilah hasilnya.

"Rakyat perlu memilih wakil rakyat yang akan mengangkat isu-isu ini kepada kerajaan negeri," katanya.

1.3 juta Tanah melayu Lesap ....

0

Category:

"Usah cakap banyak lagi.. Umno kena perjelaskan ke mana hilangnya tanah rezab melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum berbicara tentang Umno pembela Melayu, " kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau yang berucap di majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi turut meletakan kesalahan tersebut di tangan Umno yang kononnya menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat.

Selepas penjajah pergi, orang Melayu mempunyai 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia tetapi kenapa pada tahun 1995 ia berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar.

Kejadian itu sampai kini masih tidak dijawab oleh kepimpinan Umno sejak dulu sehingga sekarang, dakwa beliau.

Mereka bimbang jika diberikan jawapan secara ikhlas dan jujur maka tidak mustahil rakyat Melayu akan marah dan tidak lagi bergantung pada parti perkauman itu lagi.

"Jangan biarkan lagi Umno berkuasa kerana tanah milik melayu sendiri tergadai apatah lagi dulunya mereka asyik menang dan ingat kemenangan itu boleh menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan, " tegasnya.

Sambungnya, itu di tahun 1995 kini tahun 2011 tentunya terus berkurangan ekoran kerakusan kepimpinan Umno melakukan pembangunan yang yang berat sebelah.

Sepatutnya mereka mengantikan tanah yang melibatkan tanah rezab Melayu bukan terus ambil dan mengaut keuntungan peribadi.

Umno bertanggungjawab memberikan penjelasan kenapa terjadi kehilangan 1.3 juta tanah rezab Melayu di waktu  mereka berkuasa penuh terhadap pembangunan di setiap negeri, tegasnya.

Wei -wei .... inilah keparat2 UMNGOK dah telan blup2 dalam poket mereka !!! Hu hu hu !