Pages

Projek Paling BODOH ... email 1Malaysia

0

Category:

Alahai kenapa la UMporNO ni asyik-asyik buat reja gila tahap BabX. Nak buat email 1Malaysia konon. Harga dia RM50juta.RM50 juta ni tanpa guna duit rakyat (dana awam). Boleh ka hampa pikiaq.. ada ka syarikat gila nak bagi free RM50juta untuk rakyat Malaysia ? Kalau ada pun ... bukan ka membaziaq ja RM50juta bagi free kat rakyat Malaysia. Pulak tu RM50 juta tu dari kompeni yang nak bankrap .


Ada agenda hampa tau ka ? Ha cuba pikiaq tengok ? nak email free ? Belampak kat internet nie.

PIKIAQ - PIKIAQ LA NOOH !!!!

NC UUM ... Dah menumpang tak reti hormat orang !!!

0

Category:

Dok baca isu VC UUM hentam kerajaan Kedah ni, panas hati juga aku dengar. Dah liat nak bayaq cukai, depa dok hentam kerajaan Kedah pulak. Isu VC UUM ni bukan baru, aku dah lama dengar dari dulu sampai la ni. Tiap-tiap hari bila staff UUM dok mai makan ke kedai aku ada saja isu UUM depa dok cerita.

Bila keluar isu baru ni pasai terasa la juga nak komen pasai VC UUM ni. Dari apa yang aku dengar dari staff UUM yang dok cerita ni, ada beberapa benda yang aku nak tanya kat VC dia ni.

1.VC UUM ada kata UUM ni bukan Universiti mengaut keuntungan, tapi yang aku dok dengar dari staff ni depa habaq kata UUM ni KPI dia menjana kekayaan. Tahun lepas VC UUM umum kata UUM untung RM 80 juta dari penjanaan kekayaan hasil dia meniaga. Takkan untung 80 juta tak leh bayaq cukai sikit kot. IPT lain yang tak bisnes boleh ja bayaq.Liat betoi.

2.Masa VC UUM pi Mekah baru-baru ni, staff ni habaq dia renovate bilik dia RM 500 ribu lebih sebab tak mau dok bilik VC lama yang dah pencen. Dia kata mesti siap sebelum dia balik. Ish sampai banyak tu dia sanggup perabih duit untuk bilik, takkan nak bayaq cukai pun tak leh.

3.Kendian depa habaq lagi, dia repair rumah sampai dekat sejuta sebelum masuk ke rumah kediaman VC. Musykil sungguh aku repair rumah dekat sejuta, cukai sejuta lebih sikit saja pun tak mau bayaq.

4.Baru-baru ni dia pi ke Amerika Syarikat, dekat 90 ribu dia belanja. Banyak juga tu belanja, tak masuk duit claim lagi. VC UUM ni memang terkenal kaki claim. Masa zaman VC Dato Fawzi Basri, dia pernah label VC UUM la ni sebagai “Mamat Kaki Perabih” duit. Sebab dulu dia suka perabih duit UUM.

5.UUM ni dok jana duit dengan hotel, padang golf, go kart, kuda dan banyak lagi. Macam-macam ada kat UUM, takkan dapat duit banyak nak makan sorang. Kongsi-kongsi sama dengan rakyat Kedah ni. Depa yang dok kat Kedah bayaq cukai, tapi tak dak untung. UUM untung banyak tak mau bayaq cukai pulak. Panaih betui.

6.Isu ayaq ni dari zaman BN memerintah lagi. Tapi lani baru nak bising. Dulu masa BN memerintah, ada student mandi tasik sebab tak ada ayaq, lepas tu jatuh dan mati. Tapi tak da sapa yang bising sebab yang memerintah UMNO. Kalau la ni jadi lagu tu, mesti depa kata Ust Azizan bodo tak reti memerintah. Hanya layak jaga sekolah pondok. Kurang ajar punya VC, tak reti hormat orang.

7.Ramai yang dok mai makan depa dok merungut kat UUM sebulan dua tiga kali jemput artis mai menyanyi buat konsert. Kalau mai buat konsert takkan nak bagi ayaq liur kot. Mesti depa bayaq. Nak bayaq artis boleh, takkan cukai sikit pun nak hingaq. Lepas tu Ust hat mai ceramah kat UUM pun depa nak halang. Pelik-pelik. Mai tang tahlil cari Ust, bila ust ceramah kena halang.

Dari cerita-cerita yang aku dengaq, VC UUM buat kenyataan ni pun sebab politik juga. Kan PRU 13 dah nak dekat. Kebetulan pulak dia penasihat untuk UMNO tawan Kedah. Sebelum ni pun UMNO Kedah buat program strategik dalam UUM juga. Ahli Parlimen pun ada jugak buat pertemuan tertutup dengan VC UUM untuk bincang kes nak pejatuh Ust Azizan ni. Sidang media isu cukai dan ayaq ni pun depa strategi la kot nak pejatuh MB Kedah.

Kalau hampa pi UUM, try naik ke bilik mesyuarat senat depa. Mana ada gantung gambar Ust Azizan sebagai MB, tapi gambar menteri UMNO ada. Kalau pi ke pejabat-pejabat dalam UUM, gambar MB Kedah dok kat atas lantai saja depa kata. Panas hati juga aku dengaq. Kat kedai aku pun aku gantung gambar MB Kedah.

Memang padan pun Ust Azizan paku UUM. Dah la menumpang dok di Kedah, lepas tu tak reti hormat tuan rumah. Kalau nak hina tuan rumah pun, sedar-sedar la sikit. Kita orang Melayu sama-sama Islam, jangan dok perlekeh satu sama lain. Wahai Mustafa Ishak, kita sama Melayu, sama Islam. Cukup la hang tendang Nordin Kardi bekas VC hang ke UPSI, jangan la dok buat hal dengan kerajaan Kedah pulak. Harap-harap reti la sama hormat satu sama lain.



Pak Long
Warung Nasi Lemak
Pokok Kayu

Macam ni pun ada.... Donia - donia

0

Category:

Macam - macam perangai manusia. Dunia akhir zaman !!!

Office Rules ........

0

Category:

1. Rule 1. – The Boss is always right.

2. Rule 2. – If the Boss is wrong, see rule 1.

3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions.

4. Ph.D. stands for “Pull Him Down”. The more intelligent a person, the more hardworking a person, the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.

5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.

6.. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves.

7. It doesn’t matter what you do, it only matters what you say you’ve done and what you are going to do.

8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt.

9. Don’t be irreplaceable. If you can’t be replaced, you can’t be promoted.

10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get.

11. If at first you don’t succeed, try again. Then quit. No use being a damn **** about it…

12. When you don’t know what to do, walk fast and look worried.

13.. Following the rules will not get the job done.

14. If it weren’t for the last minute, nothing would get done.

15. Everything can be filed under “Miscellaneous” .

16. No matter how much you do, you never do enough.

17. You can do any amount of work provided it isn’t the work you are supposed to be doing.

18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job.

19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.

20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong.

Polis Wanita Iran ....... Hebat , Gua Tabik !!

0

Category:

Naya ooo kes macam ni kalu !!!

0

Category:

Retapi Mewah di Afika

0

Category:

Syiok nooh tengok retapi depa !!!

Reta Orang Kaya Nih !!!

0

Category:









Tuuuudia reta depa !!!

Besaq noooh !!!

0

Category:


Menteri Pengajian Tinggi TINGGI TEMBERANG

0

Category:

Tolak lima kali rayuan UUM


Mohamed Khaled Nordin bermesra bersama para penerima sijil pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi Kelayakan Malaysia 2010 di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 21 April - Tindakan kerajaan Pas Kedah menolak lima kali rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyambung semula pemberian rebat cukai tanah menggambarkan sikap sebenar kepimpinan negeri itu dalam memberi sumbangan ilmu kepada rakyat.

- Hoi ... ialah kenapa kerajaan negeri tolak ? kena tahu sebab apa ?

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institusi pengajian tinggi merupakan satu keperluan untuk rakyat dan ia perlu dipastikan terus beroperasi.
- ayat ni menteri woi ... semua orang tau


Dalam konteks itu jelasnya, Kerajaan Pusat sedaya upaya memberi bantuan supaya UUM dapat bergerak serta diuruskan dengan baik dan kini tiba giliran kerajaan negeri memberi sedikit bantuan.
- betoi .. aku setuju

"Kalau kerajaan Pas Kedah tidak mahu (bantu), kita hendak buat macam mana, tetapi kita tahulah sikap dia (kerajaan Pas Kedah). Kita tidak minta banyak, cuma sumbangan mereka untuk memberi ilmu kepada rakyat. Ini ujian kepada mereka," katanya.
- Ada ka hang tanya (wei menteri) pasai apa depa tak bagi... hang dok menolong saja tak bagi sebab 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 24 kakitangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, kementerian memberi peruntukan sebanyak RM300 juta setahun kepada universiti itu bagi membiayai segala keperluan dan perbelanjaan pengurusannya.
Justeru itu katanya, penyelesaian rebat cukai tanah itu tidak harus dibebankan kepada Kerajaan Pusat kerana perkara itu adalah antara universiti tersebut dengan kerajaan negeri.
- Peduli apa 300 juta ka 600 juta ka , itu tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Tak payah dok habaq la . Semua orang tau kerajaan pusat bagi duit untuk semua universiti.

"Ini soal UUM yang kena bayar (cukai tanah) kepada kerajaan negeri, bukan bererti boleh diberi tanggungjawab kepada Kerajaan Pusat. Soalnya sekarang sama ada kerajaan Pas Kedah hendak beri (rebat) atau tidak," jelas beliau.
- Bangang betoi menteri ni... cuba hang cerita habaq mai , pasai apa depa tak bagi rebet ? Yang hang dok melolong tanya nak bagi atau tidak apa hai lu ????

UUM semalam sudah menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memohon menyambung semula pemberian rebat cukai tanah.

Surat itu meminta kerajaan negeri menimbang agar cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada 2008 dilanjutkan lagi demi kepentingan kedua-dua pihak.

UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat iaitu dua kali pada 2009 dan tiga kali pada 2010, namun kesemuanya tidak dilayan.

Ni jawapan dia :  


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri bersedia menimbangkan semula permohonan rebat cukai tanah daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), sekiranya universiti itu berhasrat untuk membuat permohonan baru.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebat pada Jun 2009, namun permohonan itu ditolak pada November 2009 setelah pihaknya merujuk kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, permohonan itu tidak berjaya. Jika UUM bercadang buat permohonan semula, kita sedia timbang," katanya pada sidang media, di Wisma Darul Aman, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Darul Aman (Sada), Datuk Adzmi Din dan Pengarah PTG, Muhamad Nor Rofie. Azizan berkata, setiap tahun Kerajaan Negeri menerima RM31 juta bayaran cukai tanah daripada Kerajaan Persekutuan, merangkumi pelbagai bangunan milik Persekutuan, termasuk UUM.

"Keluasan tanah milik UUM adalah 2155.2 ekar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi ialah RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi," katanya.

Namun setelah Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) ketika itu memberikan rebat selama dua tahun, iaitu 2006 hingga 2008, UUM hanya perlu melunaskan cukai tanah sebanyak RM100,000.

"Tindakan itu menyebabkan kita kerugian RM1.6 juta namun kita akur. Kali ini mereka pula kena akur sebab tempoh rebat sudah tamat. Kenalah bayar nilai asal iaitu RM1.7 juta," katanya.

Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media.

"Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya. Sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula," katanya.

Azizan berkata, cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu.

"Sejak dasar baru cukai tanah diperkenalkan, Kerajaan Negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta. Tak kan pula selepas tiga tahun, nak naikkan pula. Saya harap pihak terbabit faham istilah mengekalkan atau menaikkan cukai tanah kerana fakta awal tak tepat," katanya.

Mengulas mengenai masalah bekalan air di UUM, Azizan berkata, UUM perlu mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf kemudahan infrastruktur bekalan air dalam kawasan UUM, seperti tangki dan paip kerana tidak lagi sesuai digunakan masa kini.

"Pertambahan penduduk mencecah 30,000, mana boleh guna infrastruktur lama. Kementerian kena naik taraf kemudahan dalam kawasan UUM kerana bukan bawah bidang kuasa kita. Saya minta mereka contohi UKM, yang membelanjakan lebih RM1 juta untuk menaik taraf kemudahan bekalan air," katanya

Menurutnya, Sada membekalkan 15 juta liter air ke kawasan berkenaan bagi keperluan harian dan sekiranya infrastruktur dinaik taraf, masalah bekalan air akan dapat diatasi.

"Loji Padang Sanai juga sudah beroperasi berkapasiti 100 juta liter, namun Tenaga Nasional Berhad (TNB) gagal menyalurkan bekalan elektrik menyebabkan operasi terganggu. Saya harap TNB dapat atasi segera kerana kita sedang mempertingkatkan kualiti perkhidmatan," katanya.

Kelmarin, Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan kenaikan 10 kali ganda cukai tanah oleh Kerajaan Negeri membebankan kerana terpaksa membayar hampir RM1.8 juta.

Menurutnya, UUM turut berdepan masalah bekalan air dan terpaksa memperuntukkan RM80,000 sebulan bagi kos penghantaran lori air.

Teloq ayam TIRUAN ...

0

Category:







Teloq ayam mahai la ni.. tapi jangan pulak terbeli teluq ayam tiruan cam ini. Sudah ada di pasaran di 1Malaysia.

Senang sunggoh Depa buat Duit...

0

Category:

Nah ni satu lagi. Senang sungguh depa buat duit. Bagooooih punya cilok ... selit-selit ja boleh buat duit.

1Malaysia --- Less

0

Category:





Nah inilah 1Malaysia punya less. Ingatkan fb nak bersosial je.. Nak ber SO SIAL cam ni pun boleh !!! 1Malaysia la katakan.