Pages

Hati-hati 'fatwa' songsang Pas - TPM

Category:

JASIN 28 Feb. - Pengundi diminta membuat penilaian sewajarnya terhadap 'fatwa' songsang yang dikeluarkan pemimpin Pas semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Wei.. Fatwa apa ni wei yang dikeluarkan oleh Pas ???

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, ini lebih-lebih lagi apabila Pas cuba melabelkan pengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai jahiliah.
"Seperti di Tenang, Pas sewenang-wenangnya mengatakan sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.

Ya kah Pas mengatakan begitu. Setahu aku orang bulan ni kebanyakkan graduate Al-Azhar, bidang agama . Takkan nak keluarkan fatwa undi UMNGOK jahiliah kot !!!!

"Kita tidak memerlukan 'fatwa' sebegitu, masyarakat dan kerajaan sudah ada badan seperti majlis-majlis agama Islam dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Kalu ada pun badan seperti majlis-majlis agama islan tetapi asyik membodek ja. Pastu nak katakan benar walaupun pahit pun penakut buat . Jaga periuk nasi ja.... Inilah badan isalm UMNGOK !!!!!

"Saya tidak tahu berapa puluh dan ratus fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka (Pas) setiap kali musim pilihan raya dan semuanya songsang belaka," katanya.

Awat... cek pandai buat fatwa sangat ka ??? Pandang dulu diri kita sebelum pandang diri orang cek oiii !!!

Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Merlimau, Roslan Ahmad.

Ni satu hei lagi... Hang kat Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah woooi . Yang hang dok buat  cerita parti-parti ni apa hai ??? Tang orang hang kata... tang hang.... hang tak nampak !!!!

Muhyiddin menambah, pihak pembangkang juga tidak bersikap rasional kerana enggan mengakui segala usaha baik yang dilakukan BN selama ini dalam memajukan bangsa dan negara.
Seramai 34 pelajar cemerlang PMR 2010 yang memperoleh 8A dan 9A di sekitar Merlimau diraikan pada majlis itu termasuk 29 orang daripada SMK Dang Anum.
Roslan merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.

Syukurlah UMNGOK dah majukan bangsa .... TETAPI itu hang wajib ingat ... ITU ADALAH AMANAH RAKYAT sebab tu RAKYAT PILIH KERAJAAN. Kalu hang kena pilih tak buat rej abuat apa .. baik belaAAAH !!!!

Comments (0)

Post a Comment